Bakal Dibina Tidak Lama Lagi Hospital UNISZA - Razif

Kuala Nerus : YAB Dato’ Ahmad Razif Bin Abdul Rahman hadir ke Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bagi merasmikan Minggu Mesra Mahasiswa Baru Unisza 2014.
Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini diingatkan agar tidak terlibat dengan rusuhan jalanan, demonstrasi atau sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan imej negara.
Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif, berkata pihak universiti sewajarnya bertegas mengenai perkara itu kerana setiap pelajar ada melafazkan aku janji sebelum melangkah ke mana-mana IPT.
Katanya, kegagalan mematuhi peraturan boleh mengakibatkan mereka dikenakan tindakan tatatertib mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
“Sebagai pelajar universiti, sewajarnya bijak menerima sebarang maklumat daripada masyarakat luar, terutama melalui media massa.
Dalam Sidang Media Selepas Majlis Perasmian YAB Menteri Besar Terengganu di Unisza tadi.
Didalam sidang media tersebut, YAB Menteri Besar menyatakan bahawa Bayaran RM1 yg dikenakan oleh SATU akan ditangguhkan dan akan diputuskan selepas kajian secara terperinci dibuat. Maka dengan ini tiada lagi bayaran bulanan sewaan meter dari rakyat untuk SATU yang telah di keluarkan di dalam bil-bil Air (SATU) RM 1 sebelum ini.
Rakyat Terengganu tidak perlu membayarkan sewaan itu sehingga Kerajaan Terengganu mengumumkannya untuk membatalkannya atau sebaliknya. Terima Kasih YAB Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Bin Abdul Rahman.

Beliau turut diajukan beberapa soalan dan diantaranya ialah mengenai Hospital Unisza yg menjadi persoalan samada jadi ke tidak dan bila. Lalu Naib Censelor Unisza, Datuk Prof Dr Yahya Ibrahim menyatakan Majlis Pecah Tanah akan di buat pada September 2014 dan Fasa Pertama telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat. 1 Fasa adalah untuk 200 katil. Fasa kedua akan menyusul selepas siap fasa pertama, Insyaallah, katanya.
ttimes

No comments