DAP Pulau Pinang mengenakan cukai katil selepas cukai elektrik di naikkan 200%

image
Bermula 1 Jun 2014 lepas, KERAJAAN NEGERI LIM GUAN ENG telah menguatkuasakan CUKAI KATIL (BED TAX) kepada pelancong-pelancong di negeri itu. Cukai baru itu telah dinamakan sebagai YURAN KERAJAAN TEMPATAN (local government fees) di mana pelancong yang menginap di hotel dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM3 untuk sebuah katil.
Ia menandakan permulaan kepada Kerajaan Negeri DAP dalam mengenalpasti banyak lagi cukai yang perlu dibayar oleh rakyat mahupun pelancong pada masa hadapan di Pulau Pinang.
Tiada sebarang berita yang dikhabarkan oleh para pecacai Pakatan Rakyat. Malah kebanyakan blog, portal mahupun Facebook pro-Pakatan Rakyat, tidak menyebut langsung tentang cukai baru yang diperkenalkan oleh DAP itu untuk menambahkan keuntungan kepada akaun peribadi pemimpin-pemimpin DAP. Ia juga sama seperti tarif air yang telah dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak 200% kepada rakyat dan penduduk Pulau Pinang.
DAP sedang berusaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang sangat mahal. Sekaligus mendorong golongan marhein berpindah keluar dari negeri tersebut dan meninggalkan tanah-tanah serta kediaman mereka untuk dirampas oleh Kerajaan Negeri DAP secara sewenang-wenangnya sepertimana yang dilakukan oleh Zionis kepada rakyat Palestin.
Semenjak DAP memerintah Pulau Pinang, banyak keputusan ‘sesuka hati’ telah dibuat tanpa mengambil kira bebanan rakyat. Tidak pula diketahui, apakah rasional di sebalik penguatkuasaan cukai katil itu.
Adakah semua pengusaha hotel di Pulau Pinang terlibat dan terpaksa akur kerana bimbang lesen perniagaan mereka ditarik balik sekiranya membantah?
Senario mengenakan bayaran mahupun cukai oleh Kerajaan Negeri DAP yang miskin serta muflis itu akan berterusan. Malah sudah terdengar ura-ura yang mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP akan mengenakan cukai ke atas tandas-tandas awam di seluruh Pulau Pinang yang kosnya perlu ditanggung oleh pengguna-pengguna.

No comments