#KES DERA -HANYA KERANA MINTAK MAKANAN!!

  • Sukri menunjukkan kesan lebam di kaki anaknya yang didakwa didera oleh bekas isterinya.Sukri menunjukkan kesan lebam di kaki anaknya yang didakwa didera oleh bekas isterinya.
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa mendakwa anak perempuannya yang berumur 7 tahun menjadi mangsa dera bekas isteri setelah dicubit sehingga lebam hanya kerana meminta makanan.

Dia hanya merupakan pekerja pelantar minyak memberitahu, hanya mengetahui kejadian malang menimpa anaknya itu apabila melihat beberapa kesan lebam di tangan dan kaki dipercayai akibat dicubit.

“Kalau betul bekas isteri terlalu bencikan saya, jangan jadikan anak sebagai mangsa. Apa salah dia sehingga diperlakukan sedemikian rupa?

“Si kecil yang tidak tahu apa-apa itu hanya minta makanan tetapi bekas isteri tergamak mencubitnya sehingga lebam,” katanya yang hanya mahu dikenal sebagai Sukri, 40-an.

Kata bapa kepada tiga anak yang berusia antara 2 hingga 7 tahun itu, dia dan bekas isterinya sudah hampir lima tahun tinggal berasingan sebelum bercerai secara sah pada Mei lalu.

“Sejak kami tinggal berasingan, anak perempuan saya itu dan seorang adiknya berusia 5 tahun tinggal bersama saya di Kampung Mengabang Telipot," katanya.

Kata Sukri, anaknya yang bongsu berusia 2 tahun pula tinggal bersama bekas isteri di Kampung Bukit Tunggal, di sini.

“Bagaimanapun, pada April lalu, bekas isteri ada mengambil kedua-dua anak kami dan tidak menghantar semula sehinggalah sekarang.

"Malah dalam tempoh itu dia langsung tidak menghantar anak kami ke sekolah dan saya hanya tahu selepas dimaklumkan pihak sekolah,” dakwanya.

Sukri mendakwa, segala perbuatan dan tindak tanduk bekas isterinya itu terbongkar apabila pihak sekolah ada menghubunginya Rabu lalu memaklumkan anak sulungnya itu mengalami sakit perut sebelum dia dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk rawatan susulan.

Dakwanya lagi, semasa diperiksa terdapat beberapa kesan lebam di tangan dan kaki mangsa dan mangsa memaklumkan dia dipukul ibunya ketika meminta makanan.

“Ketika ditanya, dia mendakwa sering dipukul dan tidak diberikan makanan yang secukupnya oleh bekas isteri selain tidak dihantar ke sekolah.

“Anak saya (mangsa) turut mendakwa dipukul di tangan, kaki dan badan oleh bekas isteri saya menggunakan rotan dan tangan.

“Tidak mungkin anak saya berbohong apatah lagi memang terdapat kesan lebam di anggota badannya,” dakwanya yang terkilan dengan tindakan bekas isterinya itu.

Susulan kejadian itu, Sukri yang tidak berpuas hati dengan tindakan bekas isterinya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

No comments