Lawat Jenazah tokoh Pas-Menteri Besar terengganu

1Perbezaan fahaman politik dan kesibukan tugas seharian tidak menghalang Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman melawat jenazah tokoh veteran Pas, Dato’ Abu Bakar Chik, 64, di rumah allahyarham yang terletak bersebelahan Maahad Tahfiz dan Tarbiah Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Menteri Besar bersama kepimpinan kerajaan negeri tiba kira-kira jam 1 petang dan meluangkan masa hampir sejam menziarahi jenazah serta keluarga allahyarham.
Dato’ Abu Bakar meninggal dunia akibat kemalangan di kilometer 390 Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Ajil awal pagi ini.
Sementara itu, Dato’ Ahmad Razif mewakili seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham berikutan tragedi yang mengejutkan seluruh keluarga serta rakyat negeri ini.

No comments