Masjid perlu berhawa dingin – Ahmad Razif

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
Masjid baharu yang dibina di Terengganu tidak perlu terlalu besar, tetapi mesti menyediakan sistem pendingin hawa bagi keselesaan jemaah, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
    
Menurutnya transformasi perlu dilakukan terhadap pembinaan masjid kerana menerusi pengalaman sebelum ini, masjid yang telah dibina kebanyakannya terlalu besar dan tidak ekonomik memandangkan semasa solat fardu hanya satu atau dua saf sahaja dipenuhi jemaah.
   
“Bagaimanapun jika hari-hari perayaan yang mempunyai ramai jemaah, masjid itu mestilah boleh dibuka atau diletakkan khemah supaya dapat menampung semua jemaah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan solat hajat dan majlis kesyukuran sempena dilantik sebagai menteri besar ke-14 di sini, malam tadi.

Mengenai masjid Pekan Ajil yang dikatakan sudah tidak mampu menampung jemaah yang ramai, Ahmad Razif berkata walaupun kecil, tetapi masjid itu sangat sesuai bagi penduduk sekitarnya.

Bagaimanapun beliau bersetuju agar masjid itu diubah suai sedikit supaya dapat menampung lebih ramai jemaah. – Bernama

No comments