#Sidang Media Dokumentari syahadah Musim ke 9


MAJLIS PELANCARAN DAN SIDANG MEDIA DOKUMENTARI SYAHADAH MUSIM KE-9

Kuala Terengganu, 23 Jun - Majlis Pelancaran dan Sidang Media Dokumentari Syahadah Musim ke-9 berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini dengan disempurnakan oleh YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu.

Sepanjang lapan musim bersiaran menemui penonton setia siarannya, program dokumentari Syahadah yang diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjaya mencatat jumlah penonton yang memberangsangkan. Justeu siri dokumentari berbahasa Melayu yang disiarkan menerusi saluran TV1 dan bahasa Inggeris menemui saluran TV2 diteruskan lagi untuk musim yang ke-9 tahun ini.

Menemui penonton sepanjang Ramadan ini yang bersiaran setiap hari di TV1 (mulai 28 Jun 2014, jam 6.30 petang) dan TV2 disiarkan mulai 30 Jun hingga 25 Julai 2014, Isnin - Jumaat, jam 7.00 malam, penonton diajak sama-sama menghayati tentang kehidupan, ekonomi, pembangunan serta pendidikan orang musim di serata dunia.

Program Syahadah 2014 dengan kejasam pihak Yayasan Islam Terngganu (YIT) ini mengangkat tema berkisar tentang pengaruh dan kelangsungan hidup peduduk Islam di Rusia dan Australia.

Menariknya penonton berpeluang berkongsi pengetahuan tentang perkembangan agama Islam di Rusia dan Australia yang hampir keseluruhannya dipelopori oleh penduduk asal dan dikembangkan oleh mereka sendiri. Berbeza dengan program Syahadah yang lepas dimana agama Islam di kebanyakan negara masuk melalui para imigran dan orang luar.

Episod di Rusia mengangkat skop tentang pendidikan Islam, hiburan, media dan industri kreatif, fesyen dan kejayaan seorang individu dalam menerapkan Islam dalam kehidupan seharian. Bagi Rusia, lokasi pertama yang menjadi tempat persinggahan adalah Kazan, ibu negeri kepada Republik Tatarstan, Rusia. Merupakan salah satu bandar terbesar di Rusia, Kazan berperanan sebagai pusat industri, komersil dan pusat utama kebudayaan khususnya buat orang Tatar. Penduduk Islam di Kazan adalah penduduk majoriti mencapai sehingga 60 peratus daripada keseluruhan penduduk di Kazan.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia terjalin dengan lebih kukuh apabila Projek Kazan Smart City dilancarkan dan syarikat-syarikat di Malaysia banyak terlibah dengan perancangan bandar. Selain itu, Kazan dikenal serata dunia kerana banyak menganjurkan Halal Expo serta Islamic Fesyen Expo.

Selain Kazan, kru penerbitan akan menjalankan penggambaran di bandarbandar besar Rusia seperti Saint Petersburg serta Moscos. Fokus utama di lokasi ini adalah kelangsungan hidup penduduk beragama Islam yang merupakan penduduk minoriti di sana serta pendidikan, seni bina bangunan dan masjid sebagai penghubung antara muslim.

Syahadah di Australia pula tertumpu di Perth, Melbourne dan Sydney yang memaparkan 'survival' umat Islam yang penduduknya melebihi 23 juta orang yang mana 64 peratusnya adalah Kristian. Islam adalah agama ketiga terbesar di Australia selepas Buddha.

Islam masuk ke Australia pada abad ke 19M, dibawa oleh pengembara Afghanistan yang merantau berbekalkan tikar untuk solat. Pengembaraan itu akhirnya mencetuskan pembinaan masjid dengan hanya menggunakan kayu di Broken Hill dan New South Wales. Pada tahun 1924, pendatang dari Albania bekerja sebagai petani tembakau di Australia Utara meningkatkan perkembangan Islam di sini.

Pengisian kandungan untuk setiap episod akan menjurus kepada kisah-kisah kejayaan, warisan budaya, tatacara kehidupan dan penerapan undang-undang berlandaskan ajaran Islam. Salain itu, aspek pembangunan, industri halal, perkembangan sosial dan ekonomi turut dipaparkan. Individu muslim profesional yang cemerlang mampu menarik kepercayaan masyarakat Australia dengan perkhidmatan yang diberikan mampu memberi suntikan dan semangat kepada penonton.

Keunikan yang abakal dipertontonkan antaranya bagaimana masyarakat Islam di Australia yang datangnya daripada pelabagai budaya dan latar belakang yang berbeza, namun dapat hidup dengan harmoni dan majmuk dengan masyarakat Australia.




No comments