Terharu Dengan Kejayaan Tarmizi -Razif

dsc_3103
Kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada Ahmad Tirmizi Ali di atas kejayaan beliau menjadi johan di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-56, Dewan Merdeka PWTC,  malam tadi.
Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata dia terharu dan berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh anak kelahiran Dungun Terengganu, sekaligus mengangkat nama negeri ini di persada antarabangsa.
“Kejayaan yang dicapai oleh Ahmad Tirmizi di peringkat antarabangsa seharusnya dijadikan contoh kepada belia lain untuk terus mara dan mencapai sesuatu yang boleh membanggakan bukan sahaja kepada Terengganu malah negara,” katanya.
Beliau berkata demikian Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Imam dan Bilal Masjid Mukim di Hotel Grand Puteri, malam tadi.
Ahmad Razif juga berharap agar Terengganu akan melahirkan lebih ramai belia yang berjaya dalam bidang agama di masa hadapan.
Ahmad Tirmizi yang mendapat markah 93.30 peratus membawa pulang hadiah berupa jongkong emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim), wang tunai RM40,000 dan piala iringan.

No comments