MB Terengganu Lawat Bazar Ramadan

Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman & Isteri meninjau Bazar Ramadan Dataran Shahbandar sempena pelancaran Kempen Kesihatan Dan Kebersihan Makanan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri, petang kelmarin.
Peniaga bazar Ramadan diingatkan supaya menjaga kualiti makanan dan tahap kebersihan premis masing-masing ketika berniaga sepanjang bulan ini. BazarJabatan Kesihatan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan meningkatkan aktiviti pengawasan kebersihan dan keselamatan makanan terutamanya di bazar Ramadan agar mematuhi perundangan makanan di bawah Akta Makanan 1983.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Jabatan Kesihatan negeri dan PBT menggerakkan 293 Pegawai Berkuasa bagi menjalankan operasi serta pemeriksaan di bazar Ramadan.Bazar1 Menurut beliau, sebanyak 4,500 tapak penjaja di bazaar Ramadan telah didaftarkan dengan PBT di seluruh negeri melibatkan 61 lokaliti iaitu 2,265 tapak di Kuala Terengganu, Besut (460), Setiu (252), Hulu Terengganu (256), Marang (292), Dungun (590) dan Kemaman (385).
Ahmad Razif menunjukkan kemahirannya di gerai menjual murtabak di Bazar Ramadhan Taman Shahbandar.
“Selain menjaga kebersihan premis perniagaan dan juga kualiti makanan, para peniaga juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti soal pemakaian, mempamerkan tanda harga dan tidak menghalang lalu lintas semasa menjalankan perniagaan,” katanya. Ahmad Razif berkata demikian dalam satu kenyataan pada Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan Peringkat Negeri di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, petang semalam.
Hadir sama, Speaker DUN, Dato’ Mohd. Zubir Embong dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Anwa Sulaiman. Tahun lalu, sebanyak enam notis amaran telah dikeluarkan kepada pengusaha makanan yang menjual makanan yang tidak mematuhi standard di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Selain itu kata Menteri Besar, tindakan penguatkuasaan dan rampasan turut dijalankan sepanjang Ramadan tahun lalu kerana pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM3,918.85.Bazar2 “Pembeli juga harus bijak menggunakan kuasa membeli dengan memilih premis atau gerai makanan yang bersih dan berkualiti dengan mengamalkan konsep ‘perhati dan pilih’ sebelum membeli makanan,” 

No comments