Pantau Pembangunan Negeri Terengganu-Najib

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri turun padang menyerahkan sumbangan kurma dan air zam-zam kepada 498 masjid seluruh negeri Terengganu. 

Sumbangan itu diserahkan kepada kepada lapan Ketua UMNO Bahagian termasuk Kuala Terengganu, Marang, Setiu, Besut, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu. 

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez turut mengiringi Najib mengagihkan sumbangan pada Program Agihan Kurma, Air Zam-Zam Peringkat negeri Terengganu itu. 

Melalui program itu, setiap masjid menerima 10 kilogram kurma dan 20 liter air zam-zam untuk dihidangkan pada majlis berbuka puasa atau moreh di masjid masing-masing. 

Hulu Terengganu menjadi penerima tertinggi iaitu sebanyak 96 masjid, diikuti Marang (77), Besut (69), Setiu (56), Kuala Nerus (54), Dungun (54), Kemaman (53) dan kuala Terengganu (39). 

Selain itu, semua ahli jawatankuasa masjid turut dihadiahkan sepasang kain baju Belayu sebagai persalinan baru di pagi Syawal sebagai menghargai jasa mereka. 

Kemuncak acara agihan kurma itu diserikan dengan pelepasan lapan van yang akan membawa kurma dan air zam-zam untuk dibawa pulang ke parlimen masing-masing. 

No comments