Kuncu-Kuncu LIM GUAN ENG Cuba Bunuh Orang Awam



Kesalahan besarnya ialah menentang Lim Guan Eng dan projek-projek gila untuk kocek peribadi. Akibatnya Ong Eu Soon telah dibelasah oleh lebih kurang 10 orang samseng Pasukan Peronda Sukarela Lim Guan Eng yang berbaju ungu pada jam 10:45 malam tadi.

Ong, 52, seorang pencinta alam, aktivis dan anak jati Pulau Pinang, juga merupakan kakitangan NGO, ALIRAN.

Sebelum ini, dia merupakan antara orang yang paling lantang mempersoalkan projek Terowong Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion itu.

Ketika kejadian, dia sedang berjalan di Pasar Farlim di Bandar Baru Pinang apabila 10 orang samseng PPS yang lengkap berseragam menyerbunya secara tiba-tiba dan membelasahnya dengan topi keledar. Dia turut ditumbuk dan ditendang.



Berdasarkan maklumat, Pasukan Peronda Sukarela telah mencarinya selama beberapa hari dan telah merancang serangan tersebut.

Ong telah membuat laporan polis malam tadi dan telah diberikan rawatan perubatan.

Pagi ini, satu sidang media akan diadakan dan semua perincian kejadian tersebut akan didedahkan.

Samseng-samseng PPS yang turut menjadi pengawal peribadi Lim Guan Eng itu perlu diserahkan dan diadili oleh undang-undang. Sebelum ini, mereka turut menyerang dan membelasah seorang wartawan.


Lim Guan Eng dikatakan menggunakan khidmat PPS sebagai samseng upahan untuk menggertak sesiapa sahaja yang cuba melawannya. Bagaimanapun, di hadapan media, PPS kelihatan dianggotai oleh anak-anak muda yang kelihatan tidak ganas dan naif. Namun, PPS sebenarnya dianggotai oleh samseng-samseng dan anggota-anggota kongsi gelap yang dibela serta dilindungi oleh Lim Guan Eng serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pada Februari lalu, Ong Eu Soon telah diugut akan dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat konsortium Terowong Pulau Pinang.

Keganasan, ugutan dan ancaman kerapkali dibuat terhadap warga tempatan Pulau Pinang. Dan lebih kerap lagi diancam, diugut atau dimalukan ialah mereka yang lantang menentang Projek Terowong Pulau Pinang.


Pasukan Peronda Sukarela yang digambarkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy jauh lebih baik berbanding PDRM dan perlu menggantikan PDRM di Pulau Pinang, diketuai oleh ADUN DAP Sungai Puyu, Phee Boon Poh, yang juga merupakan salah seorang Exco Pulau Pinang.

SUMBER;http://theflyingkick.blogspot.com/

No comments