Mati Di Jeriji Besi Tingkap Di Kg Losong Feri

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemah terkulai akibat terperangkap di jeriji tingkap rumahnya ketika cuba meloloskan diri keluar dari biliknya yang terkunci kerana kerosakan pintu.
Mangsa, Norliana Nabila bt Mazlan, 9, dikatakan terperangkap selama hampir 3 jam sebelum kejadian disedari abang mangsa yang kemudian menghubungi pasukan 
penyelamat.
.IMG-20140807-WA0025
Pasukan penyelamat tiba di rumah mangsa di rumah PPRT Kampung Losong Ferry dan berjaya melepaskan mangsa yang terperangkap. Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dalam keadaan kritikal.
Ibu mangsa yang bekerja sebagai seorang operator pembersihan di Muzium negeri Terengganu tiada di rumah ketika kejadian.
Abang mangsa, Mohd Faiz, 18, yang berada di bilik sebelah dan sedang tidur memberitahu beliau tidak menyedari kemalangan yang menimpa adiknya.
Mangsa disahkan meninggal dalam perjalanan ke hospital.

No comments