pas Dan kerajaan bersatu di hari raya


KUALA TERENGGANU 9 Ogos : YAB Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dan To’Puan Halina Zakaria hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di rumahnya di Kampung Batu Buruk.
Kehadiran YAB Menteri Besar disambut oleh Raja Bahrin dan isterinya, Norazmahwati.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepda YAB Menteri Besar kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini walaupun beliau sibuk dan banyak jemputan lagi yang perlu dihadiri beliau hari ini”.
Menurut Raja Bahrin, kehadiran Ahmad Razif jelas menunjukkan bahawa perbezaan politik bukanlah satu alasan bagi mereka untuk saling ziarah menziarahi antara satu sama lain di bulan yang mulia ini.
“Walaupun berbeza fahaman politik kepartian, tetapi hubungan atas dasar saudara Islam tetap perlu dieratkan kerana memutuskan hubungan silaturrahim adalah amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci” ujarnya lagi.
Turut hadir kemajlis tersebut Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato” Mohd Zubir Bin Embong.

Wartawan sempat meminta ulasan beliau mengenai slogan Tranfomasi Terengganu Baru(TTB) yang dibawa oleh Menteri Besar.
“Kita belum jelas dengan apa yang di bawa oleh MB tetapi kita berharap Ahmad Razif akan boleh memberi perubahan yang lebih baik nanti” katanya.
Beliau berpendapat, tempoh dua bulan ini memperlihatkan Menteri Besar Terengganu memberi fokus yang baik terhadap Bandaraya Kuala Terenganu dan ianya merupakan satu perkembangan yang positif.
Walaubagaimanapun, beliau berharap dapat melihat hasil dari perancangan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan berharap supaya perubahan yang baik itu diterima oleh rakyat Terengganu. –  Mohd Zamani Ayob

No comments