Upacara Pembakaran Mayat MH17


Foto
DUA rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 dibawa ke pusat pembakaran di Zoetermeer di Monuta Innemee, S-Gravenhage, semalam.
The Hague: Suasana penuh pilu menyelubungi upacara sembahyang dan pembakaran lima mayat penumpang serta anak kapal pesawat penerbangan MH17 warga Malaysia beragama Buddha di pusat pengurusan mayat di Monuta di sini apabila ahli keluarga mangsa menangis dan pitam akibat kesedihan.
Upacara khas itu yang bermula jam 8.30 pagi, semalam waktu tempatan dihadiri lebih 40 ahli keluarga mangsa yang dibawa menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong.
Kesedihan jelas dilihat apabila ahli keluarga mangsa tidak henti meratap sedih sepanjang satu jam upacara itu dilakukan.

Lima keranda berisi mayat mangsa terlebih dahulu disusun di hadapan dewan khas sebelum upacara keagamaan dimulakan.

Upacara mengikut kepercayaan agama Buddha itu dilakukan kumpulan sami dari lima persatuan Buddha tempatan dari Malaysia selain dihadiri sami khas dari Thailand dan Tibet.

No comments