Van membawa Pelatih OKU Terbabas Masuk Gaung


Pemandu Van yang membawa 7 pelatih pdk (oku) sempat bertanya keadaan semua penumpang sebelum pejamkan mata buat selama-lamanya.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, pemandu van sekolah Ayub Baba, 53, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan dipandunya yang membawa tujuh pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Serom 4 di sini, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lori baja dan terbabas ke cerun sedalam tiga meter. 
Arwah dikatakan sempat bertanya keadaan semua tujuh pelatih terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) sebelum meninggal dunia selepas diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat. 

Ab Gani berkata, penduduk dan pasukan penyelamat terpaksa menebas semak selama 15 minit sebelum berjaya mengeluarkan semua penumpang dan pemandu van berkenaan.
Sumber : Metro

No comments