Adun Pas Wakaf Mempelam kecam tindakan Mat rempit Ganggu Kehidupan !!!

Kesian wahid terganggu kehidupan keluarganya dek kerana mat rempit...

Itu lah gejala mat rempit ni hanya banyak berlaku di kawasan dun wakaf mempelam...

Dalam ceramah pas takde pulak yb wahid beri pesanan pada remaja yang hadir supaya hentikan perbuatan merempit....

Jangan salahkan pada kerajaan sahaja...itu kawasan jajahan anda kan Yb???

Mat rempit pun satu ..pergi undi orang yang tak hargai mat rempit tu siapa suruh...???

Wahid turut mendakwa, pihak polis sudah tidak mampu berbuat apa-apa dengan Mat Rempit yang berlumba di hadapan rumahnya.
Tetapi apa yang ironinya, kejadian rempit itu berlaku dalam kawasan jajahan Wahid sendiri sebagai wakil rakyat.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif kemudiannya bangun serta memberikan ucapan ‘tahniah’ kepada Adun Wakaf Mempelam itu sebagai memberi jawapan berhubung polis yang tidak mengambil sebarang tindakan.
Ujar Razif, Wahid telah ‘berjaya’ mengumpulkan begitu ramai Mat Rempit di kawasannya sendiri setiap minggu.  Dan sebagai wakil rakyat bagi Dun Wakaf Mempelam, antara ‘kejayaan’ Wahid yang lain ialah mengekalkan banyak laluan tikus yang membolehkan Mat Rempit menyusup lari dari pihak polis.
Sindiran itu dilihat sebagai memberi peringatan yang jelas kepada Wahid untuk bekerja dengan lebih keras selaku wakil rakyat kawasan itu bagi membendung dan mencegah gejala Mat Rempit yang berlaku daripada sekadar bergantung harap kepada tindakan kerajaan.

No comments