Agenda Amerika Tawan Negara Teluk dan Timur Tengah Bermula Lagi!!!!


JEDDAH 12 Sept. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry hari ini mengadakan pertemuan dengan negara-negara timur tengah bagi membincangkan tentang penubuhan satu pakatan untuk membantu kempen AS memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq.

Pertemuan yang disifatkan Kerry sebagai `sangat penting’ itu dihadiri oleh lima negara anggota Majlis Kerjasama Teluk iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Emeriah Arab Bersatu, di samping Mesir, Iraq, Jordan, Lebanon dan Turki.

Agensi berita rasmi Arab Saudi SPA melaporkan, pertemuan tersebut akan membincangkan tentang masalah pengganas di wilayah berkenaan, organisasi pengganas yang berselindung di sebaliknya dan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. - AFP

Bukan ke Amerika yang banyak campurtangan dalam peperangan di negara teluk itu dulu? Agenda tersembuyi jahat mereka tidak pernah padam....ingat tuuuuuuu


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

No comments