Eksesais Angsa 9/2014 Tiada Kaitan Dengan Tentera Us Yang Mendarat Di Terengganu!!!


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Eksesais Angsa 9/2014 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 15 hari, yang berakhir hari ini, berjaya mencapai matlamat berhubung keupayaan dan keberkesanan pasukan itu.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad berkata, latihan tahunan itu juga berjaya memperkukuh persefahaman dan perhubungan antara anggota kedua-dua pasukan pertahanan berkenaan.

"Eksesais ini dilaksana untuk menguji tahap kesiapsiagaan dan tahap saling khidmat antara TLDM dan TUDM dalam menangani konflik maritim secara operasi bersama," katanya pada majlis penutup eksesais itu di pejabatnya Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Eksesais Angsa 9/2014, yang bermula 1 September lalu, berlangsung di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah membabitkan sejumlah 324 pegawai dan anggota kedua-dua pasukan pertahanan serta aset bantuan TLDM dan TUDM untuk keselamatan kawasan, tim sasaran, rakaman serta analisis.

Antara aset TLDM yang terbabit ialah Kapal Diraja (KD) Jebat, KD Mahawangsa, KD Selangor, KD Lekiu, KD Kasturi, KD Kelantan, KD Mahamiru dan KD Ledang manakala aset TUDM pula ialah jet pejuang SU-30MKM, helikopter EC725 dan pesawat jenis Beechcraft B200T. - BERNAMA


No comments