Gempar !! Burger Daging Manusia Di Kota London!!!

 Foto: London Mess

Sebuah restoran di London, United Kingdom, memberi kesempatan bagi anda merasai rasa daging manusia!

'Daging manusia' tersebut merupakan idea Jim Thomlinson dari restoran pop-up London Mess, bekerja sama dengan Miss Cakehead yang terkenal sering membuat cake mengerikan berbentuk organ tubuh manusia. Namun tak perlu bimbang, kerana hidangan burger ini tak berisi daging manusia sebenar, melainkan campuran daging haiwan yang diracik agar terasa mirip daging manusia.

Seperti dilapor Detik.com,  Thomlinson sendiri tak pernah memakan daging manusia. Dia bergantung kepada maklumat dari kanibal seperti William Seabrook, wartawan yang memujuk seorang pelajar perubatan untuk memberikannya sepotong daging manusia untuk dirasainya.


Thomlinson juga mengutip testimoni Issei Sagawa, kanibal asal Jepun. "Daging manusia meleleh di mulut saya seperti tuna mentah di restoran sushi," kata Sagawa, seperti ditulis The Telegraph (23/09/2014).

Dari penyelidikan tersebut, Thomlinson lalu mencampur daging babi dan anak lembu dicincang serta sumsum tulang untuk dibuat burger rasa daging manusia. "Beri garam dan lada. Semakin sedikit rempah yang anda pakai, rasanya semakin mirip daging manusia," tulis Thomlinson melalui akaun London Mess di Facebook.

Burger ini dibuat bagi menyambut tayangan perdana siri 'The Walking Dead Season 5' pada 13 Oktober akan datang. Thomlinson akan menjualnya pada Selasa (30/09/2014), namun dia merahsiakan tempatnya. Dia hanya memberi tahu bahawa lokasi di London Timur, dan tempat pastinya akan diumumkan melalui hashtag '#terminustavern' di Twitter.

No comments