Hadi Berpesan Kepada Mb Selangor jangan Salah Guna Harta Selangor??

FOTO BY UKOM
FOTO BY UKOM
Presiden PAS, Dato’ Sri Abdul Hadi Awang menasihatkan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali supaya menunaikan amanah kepada rakyat dengan sebaik mungkin tanpa menyalahgunakan harta di negeri itu.
“Macam yang saya sebut, jawatan adalah amanah.Jadi saya berharap  supaya (Azmin) dapat  menunaikan amanah dan harta Selangor adalah amanah, tidak boleh disalahgunakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sidang DUN, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perlantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkuatkuasa hari ini.
“Saya ucap tahniah pada Azmin kerana dilantik menjadi MB Selangor..kami harapkan supaya kemelut di Selangor selesai dengan baik dan Pakatan Rakyat (PR)  dapat meneruskan pemerintahan mengikut proses yang selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata,  PAS terus kekal dalam PR sebagaimana yang disebut beliau ketika Muktamar Tahunan Pas ke-60 yang lalu dan menafikan PAS pernah meminta jawatan itu sebelum ini.
Abdul Hadi turut menyerahkan kepada Sultan Selangor sama ada mahu mewujudkan kembali jawatan Timbalan Menteri Besar, di mana calon PAS  yang disebut-sebut bakal mengisi  jawatan itu.
Ketika ditanya mengenai majoriti Adun dalam PR yang dikatakan mahu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar sebelum ini, beliau berkata kedudukan Sultan Selangor adalah lebih tinggi dalam menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.-teganukita.my
1
Sementara itu Azmin Ali yang pernah disiasat dalam Kes BPR pada tahun 1995 itu menjadi kejutan kepada seluruh negara apabila dimartabatkan sebagai Menteri Besar yang baharu negeri Selangor hari ini.
Pesanan Presiden Pas kepada Azmin Ali untuk tidak menyalahgunakan harta bumi selangor adalah bertepatan dengan kisah silam beliau (Azmin ) yang pernah ada kes Rasuah.
“Macam yang saya sebut, jawatan adalah amanah.Jadi saya berharap  supaya (Azmin) dapat  menunaikan amanah dan harta Selangor adalah amanah, tidak boleh disalahgunakan,” kata-kata Presiden Pas Hari ini.

No comments