Mantan Yb Parlimen Pas Setiu Cabar Pengerusi Terengganu Silika??

Semalam ( 8 September 2014 ) bekas Calon dan YB Pas Kawasan SETIU membuat sidang akhbar yang mana mempertikaikan majlis pecah tanah TERENGGANU SILICA di kampung Bari, Setiu.

.....Menuntut pihak kerajaan mempastikan supaya kilang pemprosesan deposit silika bukan sekadar “wash and clean” sahaja . Ini kerana syarikat luar negara iaitu tochu corporation –syarikat pemprosesan dan pembekal pasir kepada kilang kaca dan ‘Foundry’ di Jepun sementara Toyota Tsusho Corporation adalah ‘Japanese Trading House’ (rujuk pelaburan mereka di Australia dan Sarawak).



BELIAU turut memperlekehkan Usaha Yang Amat Mulia Tengku Seri Temenggung Raja untuk membawa syarikat gergasi asia bertapak d negeri Terengganu yang mana mempertikaikan usaha kerjasama dengan syarikat Toyota Tsusho Corporation adalah ‘Japanese Trading House’.


Industri pasir silika yang akan dibangunkan di Setiu dan Marang bakal menjadi kawasan perindustrian berpusat pertama di dunia untuk sektor galian itu.

Projek itu dibangunkan dengan kerjasama syarikat tempatan dan antarabangsa bukan sahaja menjana pelaburan sebanyak RM1.2 bilion. Ia juga membuka peluang 1000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu iaitu fasa pertama 300 orang, fasa kedua 500 orang dan apabila siap sepenuhnya dan beroperasi nanti akan menjana peluang pekerjaan seramai 1000 orang.

Ia juga menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi kawasan di sekitar dan akan meningkatkan taraf hidup penduduk setempat seterusnya memberi pulangan kepada Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

Pasir silika akan diproses di bumi terengganu dan hasil yang siap akan di eksport ke Jepun, Korea dan Taiwan.

Dengan adanya kilang silika ini, industri pembuatan lain akan masuk melabur ke terengganu terutama yang berkaitan penggunaan hasil silika seperti pembuatan lcd, tv dan sebagainya.


Yang Amat Mulia Tengku Seri Temenggung Raja, Tengku Dato' Seri Baharuddin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billa Shah adalah Pengerusi Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd.


No comments