Misteri Puteri Cempaka Penunggu Pulau Redang



 
Keunikkan susunan batu di Pulau Kerengga menjadi sebutan penduduk Pulau Redang yang tahu akan sejarahnya.

Diceritakan oleh habsah muda  seorang penduduk disitu tentang kewujudan pulau misteri yang terletak berhadapan dengan pantai teluk kalong yang mempunyai batu-batuan aneh dan pelik.

Batu-batuan disitu tersusun cantik dan rapi seperti ada seseorang yang
 menyusunnya.

Apa yang lebih  aneh lagi tiada penghuni pun tinggal di Pulau kerengga itu dan sering menjadi tanda tanya kebanyakkan pengunjung ke pulau itu.

Kebanyakkan pelancong yang datang ke amat tertarik dengan susunan batu-batuan itu.

" pulau itu punya penunggu yang menjaga segenap sudut pulau dan dia dinamakan Puteri Cempaka Kuning "

" Sejak dulu lagi Puteri itu membersihkan dan menjaga khazanah yang ada disitu"

"Dari cerita-cerita penduduk pulau redang pernah terjumpa dengan Puteri itu memang sudah sedia maklum akan kewujudan dan penduduk pulau tidak mengganggu pulau kerengga yang bakal menyebabkan kemarahan penunggu itu" kata habsah  ketika ditemui hari ini.
(Cuba zoom gambar-gambar batu-batuan itu dan perhatikan betul-betul...apa yang anda dapat lihat???

kata habsah lagi banyak cerita-cerita pelik dan aneh berlaku disekitar pulau Redang ini yang akan saya ceritakan didalam rencana yang lain. Nantikan yaaaa!!!




--
Sent from Fast notepad

No comments