Pemimpin pas Di Terengganu bakal Hadap Tindakan Undang-Undang!!!!

Fitnah dan Pemimpin Pas tidak pernah terpisah, dari dulu hingga ke hari ini tiada lain kerjaan mereka untuk meraih sokongan anak muda hanya lah dengan menabur fitnah.

Semalam Menteri Besar Terengganu ,YAB Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam sidang akbarnya ada menyatakan akan mengambil tindakan Undang-undang terhadap seorang YB Pas dari Terengganu yang telah memfitnah beliau dilaman Youtube yang tersebar meluas.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada yang telah memfitnah saya, kerana saya tiada langsung kaitan dengan fitnah yang dilemparkan malah tiada isu sprm ke atas saya berkenaan dengan isu yang difitnahkan itu" kata razif setelah merasmikan mesyuarat agung Umno Kuala Nerus semalam di stadium tertutup Gong Badak.

Razif juga akan membuat laporan polis bekenaan dengan fitnah yang dibuat oleh pemimpin pembangkang itu.

Bicara sang pemimpin pas yang hanya menambah perisa didalam ceramahnya itu bakal membuatkan semua pengikutnya cirit birit nanti. Kemukakan bukti sebelum membuat pertuduhan, jangan main sedap mulut sahaja. Tunggu lah saman datang!!!







No comments