Terkini : Mayat Bayi ditemui Lengkap berpakaian !!!


MAYAT bayi yang ditemui.
Penemuan mayat seorang bayi lelaki berhampiran Taman Wilayah Jinjang menimbulkan tanda tanya apabila mangsa lengkap berpakaian, termasuk dipakaikan sarung tangan dan kaki.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi kelmarin, mayat bayi itu dibuang individu tidak bertanggungjawab di tepi longkang berhampiran sebuah stesen minyak.
Mayat bayi cukup sifat itu turut dipakaikan baju dan seluar berwarna merah jambu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat bayi itu ditemui pekerja memotong rumput sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu.
“Mayat bayi itu tersangkut pada batu di tengah longkang. Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung bayi itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membantu siasatan.-HARIAN METRO

No comments