timur laut Filipina Di landa Taufan Kalmaegi


MANILA 15 Sept. - Taufan Kalmaegi melanda timur laut Filipina semalam dan mencetuskan amaran tanah runtuh, banjir kilat dan kenaikan paras air laut.

Taufan tersebut membawa angin kencang selaju 160 kilometer sejam melanda wilayah Cagayan dan Isabela, namun tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Penduduk sembilan wilayah utara Filipina diberi amaran supaya berhati-hati dan mengelak daripada kawasan tanah tinggi dan sungai. - AGENSI

No comments