TPM Mohon Maaf Kertas Ujian UPSR Sains Bocor


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ibu bapa mereka berhubung kertas soalan Sains yang didapati bocor dan penangguhannya kepada 30 September ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berharap penangguhan peperiksaan bagi kertas tersebut tidak menggangu tumpuan para calon.
“Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk siasatan terperinci dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

No comments