2 Maut Jatuh Dari Plantar Minyak Di Terengganu

Mangsa menerima rawatan selepas terjatuh dari pelantar minyak di Chukai Kemaman.
Chukai: Dua lelaki maut akibat terjatuh dari ketinggian 35 meter ketika bekerja di sebuah kapal pelantar gerudi minyak kira-kira 152 batu nautika dari Pantai Kertih, dekat sini, 11.04 malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, Gabriel Lembang, 29, dari Miri, Sarawak dan Valentin Jirak, 31, dari Sibu, Sarawak maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketika kejadian, masing-masing yang bekerja sebagai juru elektrik dan mekanik membuat pemeriksaan keselamatan terjatuh ke dalam air kerana dikatakan ikatan tali pada badan mereka longgar.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, mayat kedua-dua mangsa diterbangkan dengan helikopter ke Balai Polis Kertih dan seterusnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat jam 1.35 petang semalam.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah terhadap kedua-dua mangsa dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, mayat kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga mereka kira-kira jam 11 pagi tadi untuk dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing. -Harian Metro, Gambar DAily TRaffic REport



No comments