Badan hancur digilis dan Cebisan daging berteraburan di atas jalan


Alor Gajah: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya hampir hancur digilis kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 218 Lebuhraya PLUS di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa berusia lingkungan 30an yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai melanggar belakang sebuah kenderaan yang rosak di lorong kecemasan menyebabkannya tercampak ke lorong tengah.
Mangsa yang terbaring kemudian dilanggar beberapa kenderaan menyebabkan badannya hampir hancur.

Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Tengah terpaksa mengutip cebisan daging mangsa yang bertaburan di atas jalan raya.

Mayat mangsa yang belum dikenalpasti identiti itu dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian.- Harian Metro

No comments