FAM Penyebab Kerugian Penyokong Terengganu!!


Sudah jelas FAM betul-betul Menyebabkan kemarahaan penyokong peteh kerana menyebabkan kerugian apabila menunda jadual perlawanan antara JDT dan Terengganu pada sabtu ini.

PBSNT
 Nasib yang menimpa pasukan Terengganu sungguh malang apabila Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) meluluskan permohonan Johor untuk meminda jadual perlawanan asal suku akhir kedua yang dijadualkan pada hari sabtu ini (10-10-2014)
Permohonan johor untuk hanyalah kerana permainan importnya tidak boleh beraksi gara-gara menyertai skuad kebangsaan singapura untuk dua aksi pesahabatan antarabangsa bertemu hongkong  di macau pada 14 oktober.
Sungguh memalukan tindakan FAM yang jelas lagi nyata berat sebelah yang telah mengakibatkan jadual pelawanan Piala Malaysia menjadi kucar kacir.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid, pula menyifatkan  tindakan FAM sebagai  ‘klukkelek’ (tidak tetap pendirian) dan benar-benar memberi impak kepada persembahan pemain Terengganu sekiranya melangkah ke separuh akhir.
Bertapa bangangnya FAM yang membuat keputusan Tanpa memikirkan pihak lain dan hanya mengutamakan Johor sahaja.
PBSNT2

Dalam komen ringkas Wan Ahmad Nizam melalui Facebook pagi ini, yang berbunyi FAM `klukkelek’, turut mengarahkan Setiausaha PBSNT membuat surat bantahan penundaan tarikh itu kepada FAM dengan segera.
Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Kelab penyokong Bola Sepak terengganun (PETEH), Wan Mohd Azmi Wan Ngah, turut kesal dengan insiden terbaru itu, kerana FAM beberapa hari lalu sudah meminda tarikh 18 Oktober kepada Sabtu ini.
“Sebelum ini FAM tunda tarikh bagi suku akhir kedua kepada 10 dan 11 Oktober , separuh akhir pertama (17 dan 18 Oktober) separuh akhir kedua (24 hingga 25 Oktober), sementara final Piala Malaysia 1 November  sebab mahu memastikan pemain Harimau Malaya yang beraksi di Piala AFF Suzuki dapat membuat keputusan terbaik,” katanya.
Penundaan tarikh itu katanya, bukan sahaja menjejaskan persiapan skuad, malah penyokong juga sudah membuat tempahan bas untuk ke Johor Bahru bagi memberi sokongan pada pertemua suku akhir kedua itu.

No comments