Mayat kanak-kanak mangsa bot karam ditemui Di sungai Golok!!

Rantau Panjang: Mangsa terakhir tragedi perahu terbalik di Pangkalan Haram Pak Jid, Wan Nur Habib Naufal Wan Ahmad Azli, 6, ditemui berhampiran Pos Tentera Kalai, Meranti dekat Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian, kira-kira 8 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Rahmat Kamaruzzaman berkata, mayat kanak-kanak lelaki itu mula-mula ditemui penduduk kampung yang menjalankan aktiviti memukat di Sungai Golok.
"Orang awam menemuinya terlebih dahulu sebelum mayat dalam keadaan terlangkup berkenaan ditarik anggota tentera hingga ke tebing," katanya. 
Rahmat berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat. 
Menurutnya, penemuan itu sekali gus menamatkan operasi mencari tiga mangsa perahu terbalik di Sungai Golok selepas membeli-belah di Pekan Mundok, Thailand, Sabtu lalu. 

Katanya, operasi ditamatkan pada 11.00 pagi tadi. 

No comments