Saman Malu Keatas Hadi Berlangsung Hari Ini

samslKuala Terengganu, 8 Oktober : Perbicaraan Kes Saman Malu keatas Presiden PAS Pusat oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Syamsul Mat Amin dihadapan Dato’ Mohd Yazid bin Mustafa ,Hakim Mahkamah tinggi Kuala Terengganu hari ini.
Prosiding bertempat ditingkat 9 Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Jalan Sultan Mohamad. Presiden PAS yang diwakili oleh Asmuni  Awi, Peguam Bela, manakala Mohd Syamsul Mat Amin diwakili oleh Vesudevan – Peguamcara.
Kehadir seramai 20 orang yang terdiri daripada peguam kedua-dua belah pihak serta pemimpin PAS Kawasan dan Negeri TERENGGANU. Antara yang dikenali hadir : –

(a) YB. Satiful Bahri bin Mamat – Pesurujaya PAS Negeri

(b) Sukrimun bin Syamsudin – Bendahari PAS Negeri 

(c) Ahmad Amzad bin Hashim – Pengerusi GANTI Bakal Calon Wakaf Mempelam PRU14

(d) Mohd Syamsul bin Mat Amin – Bekas ADUN PKR Bukit Besi.

No comments