UM Dirempoh Ribuan Rakyat Malaysia!




comments
Pelajar rempuh masuk Universiti Malaya untuk hadiri pidato
Seorang mahasiswa memberi ucapan sambil berdiri di atas kereta di luar kampus University Malaya malam tadi. - 












KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah rempuh masuk pintu pagar Universiti Malaya (UM) di sini untuk menghadiri acara pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini.

Kumpulan pelajar itu, termasuk Professor Undang-undang UM Prof Azmi Sharom, merempuh pintu pagar universiti apabila pihak keselamatan UM menutup pintu itu untuk menghalang para pelajar keluar atau masuk ke kawasan kampus.

Sebaik dirempuh dan dibuka, kesemua pelajar memasuki kampus itu untuk menghadiri acara pidato bertajuk "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" yang diadakan di Dewan Tunku Chancellor.

Azmi Sharom
Prof Azmi Sharom antara mereka yang kelihatan merempuh masuk kawasan kampus Universiti Malaya. - Astro AWANI

Anwar Ibrahim
Anwar kelihatan dibawa berarak di dalam sebuah van dari pintu UM ke hadapan Dewan Tunku Chancello

No comments