ZALI BERCERITA TENTANG KEMATIAN SEBELUM MAUT DALAM KEMALANGAN DI GOMBAK

Kemalangan 3 buah superbike ragut 2 nyawa di Lebuh Raya Karak semalam.
Kemalangan yang membabitkan 3 buah motosikal berkuasa besardan sebuah kereta di KM25 Lebuhraya Karak menghala ke KualaLumpur pagi tadi telah mengorbankan 2 nyawa penunggang manakala seorang lagi cedera parah.
Salah seorang mangsa kemalangan maut akibat rentung selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terbakar.
Berita kemalangan ini mengejutkan dan mendapat perhatian kumpulan motosikal berkuasa besar yang lain termasuk rakan-rakan mangsa.
Status dalam aplikasi What App milik mangsa kemalangan superbike di Karak.
Bagaimanapun, status WhatsApp terakhir mangsa yang maut terbakar agak memilukan kerana menceritakan tentang kematian.
“Sakit dan mati itu pasti….bersedia dan redho ketentuan Ilahi”, begitulah yang tertera di status WhatsApp beliau yang telah dikirimkan kepada FeldaVoice oleh salah seorang sahabat mangsa.-SUARA TV

No comments