22 pusat Pemindahan Banjir DiTerengganu Dibuka

2 (9)
Sehingga pukul 12.45 tengah hari ini, 22 pusat pemindahan banjir dibuka di Terengganu.
Pusat pemindahan banjir di SK Kampung Nyior yang pertama dibuka di daerah Dungun telah menempatkan 16 mangsa banjir dari 3 keluarga.
Menurut portal etindakan.terengganu@gov.my, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 2,623 orang daripada 658 keluarga.
Daerah Kuala Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,591 orang daripada 409 keluarga di 10 pusat pemindahan.
SK Kompleks Gong Badak menjadi pusat pemindahan banjir paling ramai apabila 1,135 orang daripada 292 keluarga telah ditempatkan di sekolah itu.
Marang mencatatkan 867 mangsa banjir daripada 210 keluarga di 3 pusat pemindahan.
5 pusat pemindahan dibuka di Besut dengan 94 mangsa banjir daripada 24 keluarga.
12 keluarga dipindahkan di Setiu. 3 pusat pemindahan banjir beroperasi dengan menempatkan 55 mangsa banjir.

No comments