Air Mula Naik Di Terengganu

Lokasi Tok Molor Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU – Seramai 55 orang dari 15 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan di daerah Kuala Terengganu tengah hari ini, berbanding 47 orang pagi tadi, berikutan banjir di kawasan mereka.
Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu menyatakan seramai 17 orang dari lima keluarga dipindahkan ke Dewan Sivik Gong Badak manakala 38 orang dari 10 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Chendering.
“Bantuan makanan, selimut dan lain-lain keperluan telah diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mangsa banjir dan semua agensi bekerjasama dalam mengendalikan operasi pemindahan termasuk Pejabat Daerah, Polis DiRaja Malaysia, Bomba, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu.
Keadaan di UMT Kuala Nerus.
“Semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan bencana banjir telah bersedia dengan sebarang kemungkinan,” kata Pemangku Setiausaha MKN Terengganu Roslina Ngah dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rekod taburan hujan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu menunjukkan bacaan purata antara enam hingga 119 milimeter dengan hujan lebat di kebanyakan tempat di negeri ini.  – Bernama

No comments