Fitnah Jahat terhadap kerajaan negeri dan Istana!!


Pihak Istana Terengganu dikaitkan dengan artikel yang dikeluarkan oleh The New York Times pada 19 November yang lalu dan ia juga berbau FITNAH SERTA BERNIAT JAHAT.
Dalam artikel tersebut Li Yang menyatakan Bayaran 100,000 dollar itu dibuat kepada orang-orang tertentu untuk mendapatkan status DATO' dari Istana Terengganu yakni dari Yang Amat Mulia Sultan Terengganu.
Dalam sidang Media hari ini, Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini menafikan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada syarikat CAA Resources untuk kerja-kerja melombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
Beliau berkata, "Saya tidak kenal syarikat berkenaan sementelah lagi individu berkenaan." Katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Tingkat 16, Wisma Darul Iman pagi tadi.
"Pihak kerajaan telah melakukan siasatan atas tuduhan ini dan mendapati syarikat CAA Resources tidak pernah berdaftar dengan SSM. Bagaimana sebuah syarikat yang tidak berdaftar boleh menjalankan perniagaan di Malaysia." katanya.
"Kerajaan negeri melalui penasihat undang-undang akan menjalankan siasatan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang menimbulkan fitnah dan yang menyebarkan fitnah kerana ia berniat jahat kepada kerajaan negeri. " katanya lagi.
"Sebanyak tujuh plot yang diluluskan untuk kerja melombong bijih besi yang mana telah diberi kepada empat buah syarikat yang beroperasi sepenuhnya di Malaysia dan akan di jual kepada Instant Steel dan Perwaja Steel dan tidak dibenar di bawa keluar negara."
"Mungkin syarikat tempatan ada membuat kerjasama dengan syarikat luar itu tidak bermakna kerajaan meluluskan seratus peratus kepada syarikat luar yang mana akan merugikan hasil kerajaan negeri"
Malah Ahmad Razif beliau akan menyerahkan kepada pegawai undang-undang negeri untuk mengambil tindakan kepada Li Yang dan CAA Resources kerana membuat fitnah kepada kerajaan dan juga Institusi Istana.

No comments