LELAKI DITEMUI MATI DI KAKI LIMA !

MAYAT lelaki yang ditemui orang ramai, semalam.
Kuala Lumpur: Beberapa pelanggan sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan terkejut mendapati seorang lelaki yang terbaring di hadapan premis berkenaan di Batu 5, Jalan Ipoh, di sini sebenarnya sudah meninggal dunia.
Mayat mangsa ditemui orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkannya kepada polis kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 41, berkata, mereka pada mulanya menyangka lelaki itu tertidur di hadapan kedai dan tidak mengendahkannya.
Bagaimanapun, apabila diperhatikan secara dekat lelaki itu kelihatan seperti tidak lagi bernafas membuatkan mereka menghubungi polis.
“Kami tidak berani menyentuhnya dan terus menghubungi polis.
“Tidak dapat dipastikan bila lelaki ini terbaring, tetapi kami hanya menyedarinya kira-kira jam 8.30 pagi ketika melalui kawasan ini,” katanya ketika ditemui, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menerima dua panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat di hadapan sebuah kedai menjual alat ganti.
Katanya, polis bergegas ke lokasi dan turut disertai unit Forensik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur.
“Kematian mangsa disahkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut hadir di lokasi kejadian.
“Hasil siasatan mendapati, tiada objek ataupun senjata ditemui berhampiran badan mangsa dan tempat kejadian.
“Pemeriksaan terhadap badan mangsa mendapati terdapat sedikit kesan luka di jari kelingking serta jari manis kanan sebelah kanan dipercayai akibat geseran pada batu dinding,” katanya ketika dihubungi, semalam. – hmetro

No comments