Pelajar Hilang DiGunung Gajah Terom


1 November 2014 : Terengganu Times menerima info daripada beberapa perkongsian Internet dan WhatsApp berhubung kehilangan seorang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.
Pelajar berkenaan telah dilaporkan hilang sewaktu mengikuti acara Marathon Gunung Gajah Terom (Kategori Junior) yang diadakan di Sekayu, Kuala Berang.
SUMBER:
Azman,50  ayah kepada pelajar telah ke Sekayu untuk menjemput pelajar itu setelah selesai acara marathon tersebut. Walaubagaimanapun,  anaknya tidak kelihatan di lokasi penamat tanpa diketahui puncanya.
Ayah pelajar tersebut kemudiannya memaklumkan kepada pihak penganjur tentang kehilangan anaknya itu, seterusnya insiden kehilangan tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Tambah Azman lagi, anaknya seorang yang aktif dalam sukan lasak. Merupakan seorang anak yang baik dan cemerlang dalam pelajaran.
Mangsa juga dikatakan tidak membawa telefon bimbit bersama dan ditinggalkan di rumah.
Pihak urusetia mendapati anak beliau hanya melalui checkpoint pertama trek perlumbaan tersebut tetapi tidak kelihatan pada checkpoint seterusnya hingga ke garisan penamat.
Pasukan pencari dan penyelmat yang terdiri daripada JPAM, BOMBA dan Pihak Jawatankuasa Teknikan Penganjur masih berada di lokasi dan giat dalam operasi mencari dan menyelamat.

No comments