Pulau Kekabu mengamit suasana kedamaian perkampungan Nelayan

penorama di Pulau Kekabu
penorama di Pulau Kekabu
Dalam negeri Terengganu terdapat 8 daerah yang mana mempunyai daya tarikkan tersendiri dan Marang antara daerah yang menjadi tumpuan pelancong.
Terdapat beberapa tempat yang boleh dimajukan untuk pembangunan pelancongan negeri dan salah satu daerah hub pertanian negeri Terengganu.
Diantaranya sebuah perkampungan nelayan yang berada dipersisiran pantai Marang berpontensi dijadikan  sebagai hub pelancongan baharu Negeri ini.
jambatan kecil yang digunakan untuk ke Pulau Kekabu
jambatan kecil yang digunakan untuk ke Pulau Kekabu
Menurut Ketua Umno Bahagian Marang ,YB A.Latiff Awang yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa  Transfomasi kerajaan, komunikasi dan multimedia negeri Terengganu berkata ,
“Keindahan Pulau Kekabu yang bertentangan dengan lautan amat memukau pandangan dan juga membolehkan pengunjung melihat terus Pulau Kapas dan Pulau Gemia dari situ”


“Pulau itu juga menjadi tumpuan pemancing dari dalam dan luar negara kerana lokasinya berhampiran muara sungai dan berhadapan dengan tambak laut”.
Selain dari itu, dengan memajukan kawasan Pulau Kekabu, ianya mampu menjana ekonomi para nelayan serta penduduk tempatan.
Dengan adanya Hub  pelancongan  baharu itu ia dijangka bakal menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung ke daerah itu-

No comments