Terkini !!! Rakaman Terbaharu Tragedi MH17 Disiarkan

Selepas empat bulan pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, video terbaharu menunjukkan saat awal pesawat yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu.
Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) yang diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, menunjukkan bagaimana penduduk bergegas ke bangkai pesawat yang sedang terbakar hanya beberapa meter jasa jaraknya dari rumah mereka pada tengah hari 17 Julai itu.
Video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu terhempas.
Dalam video yang diperoleh AP semalam, penduduk perkampungan Hrabove didengar bertanyakan nasib juruterbang berkenaan.
Ini kerana beberapa pesawat tentera Ukraine yang ditembak jatuh sebelum ini, juruterbang dan anak kapal yang terselamat biasanya akan dijadikan tawanan pemisah.
Reaksi spontan penduduk kampung dalam video terbaharu itu menunjukkan penilaian mereka bahawa pesawat yang jatuh itu adalah satu lagi pesawat Ukraine yang ditembak.
Seseorang didengari berkata: “Dan di mana pula juruterbangnya?”
Seorang lagi menjawab: “Tiada siapa yang mengetahuinya?”
Satu lagi perbualan kedengaran mereka saling bertanya sama ada lebih dari satu pesawat telah terhempas kerana terdapat terlalu banyak serpihan dan sisa.

Beberapa orang di sekeliling mereka dengan pantas menjawab bahawa hanya satu pesawat terhempas.

No comments