Azmin Ali Sokong Penuh Pelucutan Gelaran "Datuk Seri" Daripada Anuar

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali terusmengelak pemberita untuk menjawab berkenaan gelaran ‘Datuk Seri’ yang ditarik daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sewaktu diaju soalan oleh pemberita berkenaan isu gelaran yang ditarik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Azmin hanya menjawab, ” terima kasih,”.

Melihat reaksi dingin Menteri Besar Selangor itu menyebabkan para pemberita terus mengajak dengan soalan “Kenapa enggan memberikan komen?”, “apa yang ditakutkan?.
Walaubagaimanapun, Azmin terus membisu sekadar mengucapkan terima kasih.

Sebelum ini, Azmin enggan memberikan sebarang ulasan soal penarikkan semula gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberikan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak ada komen (no comment),” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas pelancaran Majlis Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku di Foyer SUK.

Sebelum ini juga, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menarik balik darjah kebesaran ketua pembangkang yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ Anwar Ibrahim kerana sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor, penarikan Darjah Kebesaran Seri – Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.SA) yang dikurniakan kepada ketua umum PKR sejak 1992 itu berkuatkuasa pada 3 November.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor memutuskan Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014, selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran sepertimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu berikutan beliau “berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini”.
Sultan Selangor membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan Anwar tidak layak lagi memegang apa-apa anugerah.

Walaupun ditarik oleh Selangor, Anwar mempunyai sekurang-kurangnya 3 lagi anugerah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ yang diterimanya pada 1999. Antaranya Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negeri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah – Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) (membawa gelaran Datuk Seri Panglima).

“Penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir 2013 ini yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor dan institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar Selangor pada tahun ini dan hal berkaitan isu agama Islam di mana dimaklumi umum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai ketua agama seperti mana termaktub mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Tindakan dan perlakuan beliau ini adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran ini lagi,” kata kenyataan itu.

No comments