#BAJET 2015 : Ucapan Penuh YAB Menteri Besar Terengganu 8 Disember 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Katakanlah(wahai Muhammad):“Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang member kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapan yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
                                                                                                                      (Surah Aali ‘Imraan,ayat 26)

Yang berhormat Dato’ Yang Di Pertua,
1.      Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dan segala puji-pujian dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T yang telah mengizinkan saya membentangkan Bajet Negeri Terengganu bagi tahun 2015 sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu. Pembentangan satu enakmen yang bernama Enakmen Perbekalan Tahun 2015ini, adalah untuk mendapat pertimbangan Dewan yang mulia,bagi menggunakan sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan untuk membiayai Perbelanjaan Bekalan,Perkhidmatan dan Pembangunan Negeri pada tahun 2015. Kenyataan lengkap cadangan untuk Bajet 2015 ini adalah sepertimana yang terkandung dalam Buku Bajet Negeri Tahun 2015.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,

2.      Sewaktu membentangkan Bajet 2015 baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan bajet yang bertemakan “ Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR)”. Bajet tersebut membuktikan kesungguhan dan kecaknaan Kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan keperluan rakyat diisi dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara. Di sebalik pelbagai usaha pembangkang yang cuba menangguk di air keruh ekoran kesan dari rasionalisasi subsidi, Bajet 2015 yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri benar-benar beriltizam mengurangkan tekanan dan beban yang dialami rakyat.

3.      Sayugia juga diingatkan bahawa saban tahun, proses penyediaan bajet mengambilkira input dari rakyat. Ratusan sesi perundingan tentang Bajet 2015 ini telah diadakan di antara Kerajaan Persekutuan dengan pelbagai kelompok masyarakat di hampir setiap negeri. Jelas sekali Kerajaan Barisan Nasional mendengar dan mengambilkira pandangan rakyat.

Bajet 2015 Terengganu























No comments