#Banjir : Jumlah Mangsa Banjir Semasa Terengganu

etindakan
Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menurun kepada 4611 orang ditempatkan di 41 pusat pemindahan hingga 8.15 pagi ini berbanding 6278 orang kira-kira 9 pagi semalam.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Dungun mencatat daerah tertinggi dengan 2029 orang daripada 531 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan.
Kemaman mencatatkan 1101 orang daripada 278 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan. Di Kuala Terengganu, 893 orang daripada 216 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan.
Seramai 319 mangsa dari 73 keluarga dipindahkan di tiga pusat pemindahan di Besut.
211 mangsa dari 64 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Hulu Terengganu.
Di Marang , 36 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan.
Di Setiu pula, 22 mangsa daripada tujuh keluarga di tempatkan dua pusat pemindahan.

No comments