Dungun: Pemuda Lemas Dibawa Ombak Masih Gagal Ditemui

Tempat kejadian lemas Syed Mustaffa Syed Mohammad Suhaimi di Pantai Teluk Bidara Dungun. -Gambar dari Facebook Syed Anuar Al Idrus.
Dungun: Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Teluk Bidara di Seberang Pintasan Dungun petang semalam.
Mangsa Syed Mustaffa Syed Mohammad Suhaimi 18 tahun yang berasal di Kampung Durian Burung Kuala Terengganu dikatakan mandi bersama sepupu telah lemas dan gagal diselamatkan.
Dalam kejadian itu mangsa bersama dua lagi sepupunya pergi ke pantai terbabit, kira-kira jam 6 petang.
Ketika kejadian, sepupu mangsa mandi di tengah laut, manakala mangsa bersama rakannya mandi di tepi pantai terbabit sebelum kedua-dua mereka dihanyutkan arus dan menjerit meminta tolong.
Syed Ali yang terdengar jeritan terbabit segera berenang menghampiri mangsa, namun gagal mencapai tangan mangsa berikutan ombak kuat sebelum mangsa tenggelam, manakala rakan mereka yang turut dipukul ombak berjaya menyelamatkan diri.
Mangsa lemas Syed Mustaffa Syed Mohammad Suhaimi.
Gerakan mencari dan menyelamat mangsa kini sedang giat dilakukan oleh polis, bomba dan Jpam yang kini telah hampir 15 jam kejadian berlaku.
Doa dari semua diharapkan agar proses pencarian dipermudahkan oleh Allah SWT.

No comments