GHULAM Guna Nama Saya Untuk Dapat Wang RM1.8Juta?

Dato’ Seri Ahmad Said menujukkan salinan laporan polis yang dibuat berkenaan isu penipuan oleh Dato Ghulam Fazillah Abd. Khalil yang mengambil wang sebanyak RM1.8 juta untuk mendapatkan kawasan balak.
Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said hari ini telah membuat laporan polis berhubung penipuan oleh Dato Ghulam Fazillah Abd. Khalil yang menggunakan namanya mendapatkan satu kawasan balak dan wang sebanyak RM1.8 juta dengan menipu seorang pengurus sebuah kilang papan bernama Toh Lam  Eng di Terengganu.
Beliau mengambil wang itu untuk diserahkan kepada Ahmad Said ketika itu sebagai Menteri Besar Terengganu.
Laporan itu dibuat  di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira11:30 pagi ini.
Beliau yang membuat laporan itu kerana isu ini telah mencemarkan nama baik dan reputasi dirinya. Beliau turut menjelaskan tidak pernah mengenali atau berurusan dengan orang yang bernama Dato Ghulam Fazillah Abd. Khalil itu.
Sehubungan dengan itu beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat penipuan itu yang mengaitkan namanya dan mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan dan menerima balasan yang setimpal atas perbuatan itu.
Laporan ini adalah kes kedua yang dilaporkan selepas kes fitnah pengambilan duit RM1 juta isu bijih besi pada Februari lalu

No comments