Hafifi, Fatehah Olahragawan Dan Olahragawati Terengganu 2013/2014

13
Mohd Hafifi Mansor dan Fatehah Mustapa bergambar bersama Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di Majlis Anugerah Sukan Negeri 2013/2014 di Wisma Darul Iman, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah.
Badang negara, Mohd Hafifi Mansor dan atlet berbasikal Fatehah Mustapa masing-masing diisytiharkan sebagai olahragawan dan olahragawati Terengganu 2013/2014 pada Majlis Anugerah Sukan Negeri, malam tadi.
Fatehah menerima anugerah itu buat kali keempat berturut-turut manakala Hafifi menerimanya buat kali pertama.
Hafifi dan Fatehah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, piala pusingan, sijil kepujian dan piala iringan yang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
Sementara itu, Harith Ammar Mohd Sobri dan Siti Nur Afiqah Abdul Razak masing-masing dinobatkan sebagi Olahragawan dan Olahragawati Harapan.
Atlet olahraga itu masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,500, piala pusingan, piala iringan dan surat kepujian.
Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pula dipilih sebagai Tokoh Sukan manakala bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong menerima hadiah khas.
Pasukan Lelaki Terbaik diungguli Perahu Layar dan Pasukan Wanita Terbaik menjadi milik Olahraga (4 x 400m).
Persatuan Kanu Negeri Terengganu tampil ke pentas sebagai penerima Anugerah Pengurusan Persatuan Sukan Terbaik.

No comments