Infused water BERACUN?



Perasan tak kebelakangan ini ramai rakan facebook anda kongsikan mengenai infused water atau detox water yang dipercayai boleh menurunkan berat badan dan lain-lain khasiat?
"Infusion" sebenarnya adalah proses mengekstrak sebatian kimia atau perisa dari bahan tumbuhan dalam pelarut seperti air, minyak atau alkohol, dengan membenarkan bahan untuk kekal terapung di dalam pelarut. Dan menurut kajian, tubuh badan manusia lebih mudah absorb apa-apa yang berbentuk cecair. Oleh sebab itu ramai pakar kesihatan mengesyorkan infused water untuk tujuan detox.

Tahukah anda buah-buahan, sayuran atau herba yang terdapat di pasaraya mengandungi racun serangga yang amat tinggi contoh seperti pesticide dll.. untuk mengekalkan ke'cantik'kan barang-barang tersebut bagi menarik pelanggan untuk membeli.
Ini amat BERBAHAYA jika anda gunakan untuk infused water kerana anda akan menyedut/mengekstrak racun-racun yang terdapat didalamnya, lalu minum. Untuk mengelakkan ini berlaku, admin sarankan gunakan sumber-sumber organik atau jika sukar utuk mendapatkan sumber organik, anda masih boleh gunakan buah-buahan biasa. Sebelum dijadikan infused water, basuh buah-buahan, sayuran atau herba anda menggunakan soda bikarbonat (sebaik-baiknya aluminium free). Anda juga boleh menggunakan cuka.
Kesimpulannya, berhati-hati dalam pemilihan bahan-bahan membuat infused water. Terutamanya strawberry (untuk mendapatkan buah yang cantik mungkin racun yang digunakan juga tinggi). Jangan terlepas pandang perkara yang sangat penting ini.
Share jika bermanfaat 
Selamat beramal!

No comments