Kerajaan Terengganu Hantar Surat Bantahan Terhadap CAA

KUALA TERENGGANU : Surat bantahan menafikan penglibatan oleh syarikat asal dari China, CAA Resources berhubung aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi di Dungun telah di hantar ke Wisma Putra dan Jabatan Perdana Menteri oleh kerajaan negeri Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menjelaskan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini bahawa pihak istana sudah membuat sidang media khas mengenai perkara ini.
Sebelum ini, Dewan Pangkuan Diraja Terengganu telah mengeluarkan pernyataan bahawa siasatan pada 23 November lalu mengenai dakwaan Li Yang, seorang ahli perniagaan asal China di akhbar The New York Times pada 19 Nov dan Utusan Malaysia pada 22 Nov bahawa telah membayar AS$100,000 (RM344,349) kepada ahli politik Barisan Nasional (BN) untuk mendapat gelaran Datuk adalah tidak benar.
Seterusnya Dewan menafikan ahlinya terbabit menerima wang atau lain-lain pemberian bagi membantu mana-mana individu, pertubuhan atau syarikat mendapatkan gelaran ‘Datuk’ di Terengganu.
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk membekukan sebahagian tanah di kawasan Bukit Besi untuk disimpan sebagai warisan negeri Terengganu.
“Kita akan simpan sebahagian kawasan yang didapati ada peninggalan sejarah dan berkait rapat dengan industri di Bukit Besi suatu masa dulu,” kata Ahmad Razif seperti yang dilaporkan Bernama.

No comments