Tambahan Kuota Pengajian Anak Terengganu Akan Diusahakan-Razif

Kerajaan negeri akan berusaha mendapatkan kuota dari kerajaan Pusat bagi memberi peluang kepada anak Terengganu untuk menyambung pelajaran di universiti tempatan mahupun luar negara membabitkan tajaan MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sekiranya diberikan kuota kepada pelajar dari negeri ini, mereka tidak akan diberi pengecualian dari segi kelayakan.
“Walaupun akan ada kuota untuk anak Terengganu, syarat utama kelayakan haruslah dipenuhi. Hanya pelajar yang mempunyai kelayakan cemerlang sahaja bakal diterima untuk memenuhi kuota tersebut,” ujarnya.
unnamed (11)Beliau ditemui semasa sidang akhbar sempena lawatan kerja di kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH), Dungun semalam.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat, Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam serta Pengurus Besar KETENGAH Wan Mat Amin Wan Daud.
Ahmad Razif berkata, beliau akan mengutuskan surat rasmi kepada kerajaan Pusat agar kouta anak Terengganu yang melibatkan pelbagai peringkat pengajian ditambah.
Katanya, buat masa ini, kerajaan negeri menghantar  seramai 150 anak Terengganu belajar diluar negara membabitkan peruntukan yang banyak.
“Kita bukan nak jimatkan belanja dalam pendidikan, tetapi sekiranya ada bantuan daripada kerajaan Pusat, maka peruntukan negeri ini dapat digunakan untuk tujuan lain contohnya pembangunan dan menyelesaikan isu rakyat yang lain,” ujarnya.



No comments