Tunang Syafiqa Mahu Percepatkan Perkahwinan

NSTP
Satu Malaysia mengharapkan agar penjenayah yang melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan dengan menoreh dan menumbuk muka adik Nur Syafiqa dihadapkan ke muka pengadilan dan diberi hukuman setimpal.
Begitu juga dengan seluruh ahli keluarga dan tunang gadis malang ini.
Mohd Azijja Zafran, tunang Nur Syafiqa berkata, dia berharap penjenayah yang mencederakan tunangnya dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan.
Menurutnya yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan tahun ini, mereka bercadang melangsungkan perkahwinan pada Mac depan, namun bercadang untuk mempercepatkan tempoh itu.
Katanya, cintanya terhadap Nur Shafiqa tidak berubah, malah menjadi tanggungjawabnya memberikan kata-kata semangat bagi memulihkan semangat insan kesayangnya itu.
Diharapkan jodoh pasangan ini akan berkekalan walaupun musibah ini mengubah kehidupan mereka.

LEAVE A REPLY


No comments