Mayat Lelaki Dibaham Buaya

Serian (3 Januari ): Seorang mangsa yang di baham BUAYA Idris Bin Yakub(56), jam lebih kurang 7.00 malam, mangsa bersama-sama 2 orang anaknya iaitu, Saujana bt Idris(Perempuan) 12 tahun dan Mohd Shahrizal b. Idris(Lelaki) 8 tahun di Sungai Batang Samarahan Kampung Soh, Batu 27 Jln Kuching-Serian, Sarawak.

Mereka bertiga menaiki bot kayu melalui Sg Batang Samarahan Kampung Soh Serian untuk memasang belat ikan tepi tebing sungai tersebut sejauh 6 KM.

Pada jam lebih kurang 11.00 malam  selepas menunggu air mangsa bersama anak-anaknya mula memasang belat ikan di tebing sungai dan Pada 12.00 malam  anak mangsa terdengar jeritan dari mangsa dan anak perempuan mangsa melihat dengan suluhan lampu suluh terlihat bapanya di baham oleh buaya.

2 orang anak mangsa sempat menyelamatkan diri naik ke darat dan meminta bantuan dari orang kampong untuk menolong bapa mereka dan seterusnya menghubungi pihak polis bagi meminta bantuan menyelamat mangsa.

Sejurus menerima maklumat itu bilik Gerakan IPD Serian pada jam 1.00 pagi (3 Januari 2015) seterusnya memaklum untuk koordinate lain2 Jabatan termasuk Jab. Bomba dan Penyelamat Serian atas maklumat tersebut.

Selepas menerima maklumat itu sepasukan Polis dan Pasukan Penyelamat Malaysia(BOMBA), Jabatan Pertahanan Awan(JPAM) dan RELA digerakkan bagi mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Kampung Soh tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat telah menemui mayat mangsa pada jam 9.45 pagi di Batang Hilir Sungai Soh iaitu disebatang anak Sungai Jirang Batang, Samarahan Kampung Soh.

Mayat mangsa ditemui 1.8 km dari tempat mangsa melabuhkan beta ikan bersama dua orang anak mangsa Saujana dan Mohd Shahrizal dan keadaan mayat mangsa yang ditemui tanpa kepala serta pergelanggan kaki kiri.
Kemudian mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik dan diperiksa oleh  Doktor Fiona Chua Chun Yong(P) Hospital Serian.

Selepas selesai bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Serian, mayat mangsa telah dituntut oleh isterinya Raini Salim dan pada jam 4.00 petang arwah (Idris ) mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam  Kampung Panchor Baru Melayu Serian, Sarawak.

No comments